Skip to main content

SENARAI KURSUS NATIONAL TRAINING WEEK 2024

UTHM ANJUR 29 JENIS KURSUS/LATIHAN JANGKA PENDEK SECARA PERCUMA SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW 2024)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menzahirkan rasa bangga dapat bekerjasama dengan National Training Week 2024 (NTW 2024) dalam penawaran 29 jenis KURSUS/LATIHAN JANGKA PENDEK SECARA PERCUMA pelbagai kategori bermula 24 hingga 30 Jun 2024 (7 hari). Program NTW 2024 ini merupakan minggu latihan peringkat kebangsaan di seluruh negara yang menghimpunkan organisasi serta penglibatan individu warga bekerja untuk mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sempena NTW 2024 ini, UTHM bakal menampilkan kursus/latihan merentasi pelbagai topik dan bidang kemahiran demi membantu meningkatkan pembangunan kerjaya sedia ada. Menariknya, UTHM melalui penyelarasan Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL (PPBA) dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan menawarkan pelbagai kursus yang menepati sasaran industri TVET.

Pendaftaran DIBUKA SEKARANG!

Cara untuk mendaftar:
1. Layari portal NTW2024 di pautan https://www.nationaltrainingweek.gov.my/
2. Sila log masuk menggunakan data individu peserta.
3. Untuk memilih kursus yang ditawarkan oleh UTHM, klik dalam carian Kursus Aktif dan taip “UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA”

Anda berminat? Apa tunggu lagi, daftar SEGERA.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini, jom sertai kursus UTHM dan menjadi salah seorang peserta kursus NTW 2024. Slot penyertaan adalah TERHAD.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UTHM boleh layari laman web https://ppba.uthm.edu.my dan hubungi di talian 07-4537954 (Pejabat).