MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM EKSEKUTIF UTHM

Majlis Konvokesyen Program Eksekutif
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Rai 126 Graduan

BATU PAHAT - Seramai 126 orang graduan layak menerima sijil masing –masing setelah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Program Eksekutif sempena Istiadat Konvokesyen ke - 22 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diadakan pada 8 Disember 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Majlis Konvokesyen telah disempurnakan oleh Profesor Ts. Dr. Azme Khamis, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM yang merangkumi dua (2) peringkat pengajian iaitu Penganugerahan Diploma Eksekutif Imam Profesional TM seramai 66 orang dan Diploma Lepas Ijazah (PGDip) Pembelajaran dan Pengajaran Pengajian Tinggi seramai 60 orang.

Turut hadir ke Majlis Konvokesyen tersebut Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Provost UTHM, Ahli-Ahli Senat UTHM, pegawai kanan universiti serta jemputan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor. 

Seramai 3 graduan telah menerima Anugerah Khas YB. Dato’ Haji Md. Rofiki dalam Majlis Konvokesyen tersebut bagi Penganugerahan Diploma Eksekutif Imam Profesional TM .

Sementara itu, Profesor Ts. Dr. Azme, dalam ucapanya turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti.

Penganjuran majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang berjaya menamatkan sesi pembelajaran Program Eksekutif UTHM. Secara tidak langsung ia dapat memberi semangat serta mendorong kecemerlangan universiti secara konsisten dalam menentukan hala tuju perjalanan program-program eksekutif dan profesional.
Contact Us

CENTRE FOR CONTINUOUS LEARNING AND APEL

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Tel      :  07-453 7017/7954
WA     :  010-979 7853
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Copyright © 2023 PPBA UTHM. All Rights Reserved