Kadar pengguna:  / 2
PoorBest 

Selamat datang

Dengan terpaparnya laman web ini menandakan pusat ini telah mengorak langkah untuk mendekati para pelanggan CEC dalam menyediakan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan.Adalah diharapkan laman web ini dapat memberikan maklumat asas mengenai fungsi pusat ini supaya mudah difahami dan diketahui oleh pelanggan. Di samping itu, laman web ini juga diharapkan boleh membantu pelanggan tentang program serta kursus-kursus yang ditawarkan oleh pusat ini.

Harapan saya agar laman web ini dapat dimanfaatkan oleh pelanggan dan saya mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan dan maklumbalas yang dapat membantu memperbaiki perkhidmatan CEC.Akhirnya, diucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini adalah dialu-alukan dan kami memohon agar anda dapat mengemukakannya ke email yang disediakan dalam laman web ini.

Sekian dan terima kasih.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Pengarah

 

Pusat Pendidikan Berterusan (CEC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat
Johor