Kadar pengguna:  / 0
PoorBest 

Pusat Pendidikan Berterusan berfungsi menyediakan pelbagai siri dan peluang pembelajaran serta pembangunan profesional. Antara program-program yang dianjurkan adalah berbentuk pendidikan dan latihan yang berorientasikan kepada bidang teknikal dan kejuruteraan. Pusat ini juga menganjurkan dan menguruskan kursus-kursus pembangunan professional, jangka pendek, bengkel dan juga seminar untuk pihak industri dan komuniti setempat serta program kerjasama dengan agensi / badan profesional.

CEC berperanan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut:

1.
Melaksanakan polisi dan dasar pendidikan berterusan yang telus.
2.
Menyediakan ruang kepada pihak industri untuk menjalankan kerjasama akademik dengan pihak universiti.
3.
Melibatkan diri dalam aktiviti pameran dalam dan luar negara bagi mempromosikan produk serta kemahiran akademik yang dimiliki oleh universiti.
4.
Menjadi platform bagi fakulti-fakulti memasarkan program akademik mereka.
5.
Menjana sumber kewangan universiti.
6.
Menyedia dan menguruskan program-program pendidikan berterusan sama ada anjuran universiti atau pihak luar.
7.
Menjadi platform bagi perkongsian bijak dalam kepakaran dan sumber-sumber.
8.
Melaksanakan aktiviti latihan dan pembangunan staf dalaman.