Kadar pengguna:  / 0
PoorBest 

Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (CEC) berperanan mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat dalam dan luar negara. Program latihan yang dianjurkan terbahagi kepada Program Pesisir, Program Eksekutif, Kursus Pendek dan Pengurusan Acara yang mana melibatkan aspek teori dan amali.

Ditubuhkan pada 17 hb Julai 2003 yang mana pada asalnya adalah satu unit dalam Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan Berterusan (PPPB). Ia berperanan menyediakan prasarana, sumber-sumber serta menjalankan aktiviti latihan dan pembangunan dalam meningkatkan keterampilan sumber manusia yang terdiri dari kakitangan kerajaan dan swasta. Ia juga adalah menjadi penghubung antara pihak universiti, industri dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan berterusan kepada individu dan profesional di industri dan organisasi lain (agensi awam dan swasta).

Peningkatan keterampilan staf UTHM menjana lebih banyak aktiviti pendidikan berterusan. Oleh itu, staf semakin aktif dan bersedia untuk menjalankan projek-projek yang lebih besar. Ini terbukti dengan permohonan aktiviti Pendidikan Berterusan yang semakin banyak. Peningkatan aktiviti anjuran Pusat Pendidikan Berterusan ini memerlukan pengurusan yang lebih fokus dan strategik untuk menghasilkan keputusan yang lebih berkesan dan cekap. Pengurusan yang lebih fokus ini dapat membantu membangunkan program-program yang lebih kompetetif dan memenuhi keperluan semasa pelanggan.Selain itu, ia juga membantu penjanaan pendapatan universiti dan penjanaan kepakaran staf. Dengan menawarkan pelbagai kemudahan dan sumber pengajaran yang terkini melalui pendidikan berterusan, pusat ini membantu memenuhi peranan universiti sebagai universiti yang berorientasikan budaya industri dan keusahawanan.

Selari dengan budaya pembelajaran sepanjang hayat, Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) menawarkan program bagi melahirkan badan serta individu professional untuk meningkatkan mutu diri dan kerjaya dengan memberi mereka pengetahuan yang memberi impak dalam hidup dan mewujudkan masyarakat berilmu. Program ini termasuk dalam bidang pendidikan, latihan dan pembangunan professional (melalui Program Pembangunan Profesional, Jangka Pendek, Program Pesisir). Program-program ini dibentuk berasaskan aktiviti dan aplikasi teknologi di alam pekerjaan dan lebih berorentasikan kemahiran secara praktikal.

Alamat Surat Menyurat

Pengarah
Pusat Pendidikan Berterusan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat
Johor

Tel : 07 4538163
Faks: 07-4538167
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Sesawang: http://cec.uthm.edu.my