SARJANA KEJURUTERAAN

Kadar pengguna:  / 0
PoorBest 

testimoni 1

“Pada pendapat saya, program yang dikendalikan oleh CEC ini amat sesuai dan menepati kehendak persekitaran pekerjaan pada masa  kini. Sistem dan silibus pembelajarannya yang amat efektif dan tersusun membolehkan saya mengkaji dan mempelajari setiap matapelajaran dengan berkesan disamping para pensyarah yang begitu berdedikasi dan komited dalam penyampaian kuliah serta perkongsian ilmu dan pengalaman demi memastikan pelajarnya dapat memahami semaksima mungkin sesuatu pembelajaran. Saya juga amat berbangga kerana pengurusan CEC yang begitu prihatin dan cekap dalam usaha memenuhi segala aspek proses pengurusan pengajian saya ini sehinggalah saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan jayanya. Dengan Sarjana saya inilah saya dapat diterima masuk untuk menyambung lagi pengajian saya diperingkat PhD di UUM. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jasa mu tetap saya kenang sampai bila-bila.”

Kamsidi @ AbdMalek Bin Sidek, Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (MDM,
GraduanTahun 2013,
Pensyarah Kanan,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

testimoni 2

“Program Sarjana (Pesisir) di UTHM banyak memberi pendedahan & pengalaman baru kepada saya khususnya dalam meneroka bidang-bidang baru dalam bidang kejuruteraan. Walaupunprogram secara separuh masa, namun pensyarah UTHM sentiasa memberikan yang terbaikdalam memastikan kualiti pendidikan yang kami terima. UTHM juga tidak lupa menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar pesisir memandangkan kebanyakan daripada kami bekerja di hari biasa dan berada di luar kawasan Parit Raja @ Batu Pahat.Terima Kasih UTHM!”

Kamarul Faiz bin Mihaj, Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MEE,
GraduanTahun 2013,
Pensyarah Kolej Komuniti Segamat 2

Testimoni 3

“UTHM merupakan satu Universiti yang dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang kerana pensyarah universiti ini amat mesra dan sentiasa membantu serta membimbing pelajar kearah berjaya”

Bong Siaw Wee,
Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MEE),
GraduanTahun 2012,
Pensyarah Politeknik

Testimoni 4

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan segala khidmat dan tunjuk ajar pensyarah yang mengajar saya. Hanya tuhan boleh membalas jasa baik tuan/puan. Bukan itu sahaja, pihak pengurusan iaitu CEC begitu komited dalam menjalankan tugas. Tidak kira waktu mereka pasti akan memberi respons kepada pelajar di bawah kelolaan CEC sekiranya ada pemasalahan berlaku terutamanya dalam pengurusan kewangan, surat menyurat dan lain-lain. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak CEC kerana membantu saya dari segi urusan pentadbiran seterusnya sehingga saya mendapatkan Sarjana pada 2014. Syabas dan Tahniah CEC.

Mohd Zulkefly Bin Hamzah,
SarjanaKejuruteraanAwam (MFA),
GraduanTahun 2014,
Pensyarah MARA

Testimonial 5

Program pesisir memberi peluang kepada diri bagi melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi secara part time sambil bekerja, dengan erti kata lain, belajar sambil bekerja bagi membuka peluang dan kecemerlangan di masa hadapan di samping mendapat pengalaman bekerja. segala program ditawarkan amat bersesuaian dengan trend permintaan industri terkini

Hafidz Zuhdi Bin Hashim,
Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (MDM),
Graduan Tahun 2014,
Jurutera

Testimonial 6

“Pensyarah yang sangat berpengalaman dan memahami kekangan saya sebagai guru. Penyelia projek yang sangat komited untuk membantu menyiapkan projek. Untuk pengetahuan, saya 'present' projek saya ketika dalam pantang kerana melahirkan anak yang ke 4 dan nyaris juga 'berhenti ditengah jalan' namun penyelia saya sentiasa memotivasikan saya.”

Norli Bt Mohd Ismail,
Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) (MBT),
Graduan Tahun 2014,
Guru Kolej Vokasional

Testimonial 7

“UTHM merupakan medan ilmu yang memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menimba ilmu.Pensyarah sangat membantu dan membimbing para pelajar dalam menyelesaikan tugasan dan penulisan tesis. Membuka peluang pekerjaan kepada graduan.”

Hairul Nurasyikin Binti Haron,
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV),
Graduan Tahun 2014,
Penolong Pengarah Teknik Dan Vokasional,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Testimonial 8

“Kami bekas pelajar Program Pesisir Dungun telah berjaya menghabiskan pengajian master kami dalam bidang kuasa pada sesi yang lepas. Bagi kami, Program Pesisir ini cukup sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi tetapi mempunyai kekangan masa atau pun komitmen keluarga.Waktu belajar pada hujung minggu dan kesediaan para pensyarah untuk hadir ke pusat pembelajaran wilayah memudahkan para pelajar untuk mengikuti kelas yang dijalankan.Semoga CEC UTHM akan terus maju dan Program Pesisir boleh berkembang dengan jayanya.”

Mohd Dasri Bin CheMok @ Adnan,
Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MEE),
Graduan Tahun 2014,
Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin