Panduan Proses Tuntutan & Contoh

Peraturan ini disediakan sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Pesisir terutamanya bagi memastikan permohonan dan pembayaran dapat diproses mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

  • Semua tuntutan menggunakan borang sedia ada yang digunapakai UTHM dan CEC.
  • Semua tuntutan hendaklah dilampirkan dengan DOKUMEN YANG LENGKAP.
  • Dokumen tuntutan perlu sampai ke Pejabat CEC selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas selesai melaksanakan tugasan / aktiviti.
  • CEC berhak menolak dokumen tuntutan yang lewat dihantar ke CEC atau dokumen tidak lengkap.
  • Semua resit yang bersaiz kecil perlu ditampal di kertas A4 bagi mengelakkan risiko kehilangan.

TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI RASMI (Pengajaran, Penyeliaan Projek Sarjana, Penilaian Penilaian Projek Sarjana, Penyeliaan Latihan Mengajar)

  • Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri [BEN/UPY/004]
  • Salinan surat tawaran
  • Resit-resit rasmi yang berkaitan – hotel, tambang teksi, resit tol dan sebagainya yang berkaitan
  • Boarding pass (jika menggunakan kapal terbang – hanya untuk ke PPW yang dibenarkan sahaja) – ditempah melalui CEC. Sila dapatkan kebenaran bertulis CEC terlebih dahulu sekiranya perlu membeli tiket kapal terbang secara sendiri
  • Borang menggunakan kenderaan sendiri [BEN/UPY/006/2006-pin1] (jika mempunyai tuntutan perjalanan kenderaan) (E-Travel)
  • Borang pergerakan (E-Travel)
  • Salinan rekod kedatangan pelajar (tandatangan dan cop pensyarah)
  • Salinan Jadual Pertemuan / Jadual Penilaian Projek Sarjana
  • Tuntutan bagi perjalanan pengajaran & penyeliaan yang lebih daripada sekali dalam bulan yang SAMA, perlu menggunakan SATU borang tuntutan sahaja (Pekeliling Bendahari bil. 3/2005)
  • Rujuk Borang Tuntutan Perjalanan [BEN/UPY/004]

TUNTUTAN HONORIUM PENGAJARAN

  • Borang BEN/UPY/009 [Borang tuntutan Saguhati/Honorium]
  • Salinan surat tawaran
  • Rekod kedatangan ASAL (tandatangan dan cop pensyarah)
  • Salinan Jadual Pertemuan

TUNTUTAN HONORIUM PENYELIAAN PROJEK SARJANA

  • Borang BEN/UPY/009 [Borang tuntutan Saguhati/Honorium]
  • Salinan surat tawaran
  • Laporan ringkas penyeliaan pelajar – Borang Penyeliaan Projek Sarjana

TUNTUTAN HONORIUM PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR (Bagi peperiksaan yang tidak melibatkan Program Perdana)

  • Borang BEN/UPY/009 [Borang tuntutan Saguhati/Honorium]
  • Salinan surat lantikan
  • Muka hadapan soalan peperiksaan (tandatangan dan cop rasmi pensyarah di muka hadapan)

TUNTUTAN HONORIUM PENANDAAN KERTAS JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR

  • Borang BEN/UPY/009 [Borang tuntutan Saguhati/Honorium]
  • Salinan surat tawaran
  • Salinan Borang Markah (tandatangan dan cop pensyarah)

TUNTUTAN HONORIUM PENILAIAN PROJEK SARJANA

  • Borang BEN/UPY/009 [Borang tuntutan Saguhati/Honorium]
  • Salinan surat tawaran
  • Salinan Jadual Pembentangan Projek Sarjana

TUNTUTAN HONORIUM PENYELARAS/PEMBANTU PENYELARAS PROGRAM PESISIR

  • Borang BEN/UPY/009 [Borang tuntutan Saguhati/Honorium]
  • Salinan surat lantikan
  • Senarai tugas dan tanggungjawab (dokumen ini disertakan bersama surat lantikan)
  • Senarai Program / Salinan Jadual Pertemuan
Nota:-
  1. Borang-borang yang berkaitan boleh didapati di ruangan Muat-turun Tuntutan di laman web CEC.
  2. Tuntutan Pengajaran + Penandaan + Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir + Penyeliaan Projek Sarjana + Penilaian Projek Sarjana boleh digabung dalam SATU borang atau secara berasingan. Contoh diberi (Semua tuntutan yang digabung dalam SATU borang) - [BEN/UPY/009]
  3. Sekiranya tiada salinan surat tawaran / salinan jadual pertemuan / senarai tugas dan tanggungjawab, pihak CEC akan membantu menyediakan dokumen tersebut.

Documents

Order by : Name | Date | Hits [ Descendent ]

Contoh Borang Markah Peperiksaan Contoh Borang Markah Peperiksaan

hot!
Date added: 11/30/2015
Date modified: 11/30/2015
Filesize: 163.23 kB
Downloads: 387

Contoh Borang Penyeliaan Contoh Borang Penyeliaan

hot!
Date added: 12/02/2015
Date modified: 12/02/2015
Filesize: 214.53 kB
Downloads: 381

Contoh Muka Hadapan Pembuat Soalan Contoh Muka Hadapan Pembuat Soalan

hot!
Date added: 11/30/2015
Date modified: 12/02/2015
Filesize: 106.56 kB
Downloads: 489

Contoh Semua tuntutan dalam satu borang [BEN/UPY/009] Contoh Semua tuntutan dalam satu borang [BEN/UPY/009]

hot!
Date added: 11/30/2015
Date modified: 12/02/2015
Filesize: 207.31 kB
Downloads: 444

BEN/UPY/009

Contoh Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri Contoh Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri

hot!
Date added: 12/16/2015
Date modified: 12/16/2015
Filesize: 106.59 kB
Downloads: 494

BEN/UPY/004

Jadual Pertemuan Bersemuka Program Pesisir Jadual Pertemuan Bersemuka Program Pesisir

hot!
Date added: 11/30/2015
Date modified: 11/30/2015
Filesize: 68.9 kB
Downloads: 375