Kadar pengguna:  / 3
PoorBest 
Program Pembangunan Profesional

Cara Memohon KURSUS

  • Daftar Nama anda melalui pendaftaran secara talian
  • Atau Muat-turun borang pendaftaran dihalaman kursus yang berkenaan, pos, faks, atau emelkan borang penyertaan ke CEC.
  • Bagi Staf UTHM, daftar melalui e-Kursus dan maklumkan CEC untuk direkodkan.
  • Bagi Institusi / Organisasi / Syarikat atau individu yang ingin memohon mengadakan kursus secara pakej, hubungi terus Ketua Jabatan atau Ketua Unit Kursus Pendek untuk penyelarasan kursus. Pertemuan bersemuka adalah amat digalakkan

  • Maklumat Pembayaran:

    Bank Muamalat Malaysia Berhad (Pembayaran atas nama Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
    24 & 25, Jalan Kundang
    Taman Bukit Pasir
    83000, Batu Pahat
    Johor
    No. Akaun Bank : 0107-0000001-716
    No. Pendaftaran Organisasi : GB 0009871C

  • Kaedah Pembayaran:
    • Deposit Tunai
    • Deposit Cek
    • Cek
    • Melalui Pendaftar (UTHM)
    • Pesanan Tempatan (L.O)
    • Lain-lain (nyatakan pada borang pendaftaran)
  • Setelah membuat pembayaran, Lampirkan bukti pembayaran anda di ruangan ini.
  • Hubungi talian 07-4538162 untuk makluman lanjut

Syarat & Peraturan

  •  Kursus hanya akan dijalankan apabila bilangan peserta mendaftar memenuhi bilangan minimum yang diperlukan bagi kursus tersebut.

    1. PENGESAHAN PENYERTAAN

    Hanya peserta yang berdaftar dan telah menjelaskan bayaran deposit sahaja akan disahkan penyertaannya. Pendaftaran tanpa bayaran, termasuk pendaftaran "online" tidak boleh dianggap sebagai tempahan muktamad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran deposit.

    2. PENUNDAAN / PEMBATALAN PROGRAM

    Segala langkah yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan program yang dianjurkan adalah seperti yang diiklankan. Namun, tarikh kursus adalah tertakluk pada pindaan. CEC berhak menunda atau membatalkan program yang diiklankan.

    3. TIDAK HADIR PROGRAM

    Yuran dan deposit yang telah dibayar oleh peserta tidak akan dipulangkan sekiranya peserta tidak hadir pada tarikh program tanpa memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis. Namun, dalam kes-kes tertentu dan dengan bukti yang kukuh, pihak kami boleh menggunakan budi bicara untuk memberi pilihan kepada peserta.