PROGRAM PESISIR
PENGENALAN
pesisirbanner

Pengajian akademik secara program luar (pesisir) adalah program pengajian akademik UTHM yang diikuti di Pusat Pembelajaran Wilayah (PPW) selain daripada program perdana. Program ini mengenakan kadar yuran khas yang berbeza dengan program perdana. Buat masa ini, CEC hanya menguruskan program pengajian luar (pesisir) di peringkat Sarjana (Kerja Kursus) secara Separuh Masa. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di PPW pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu / Sabtu dan Ahad). Peperiksaan akhir pula diadakan secara berpusat mengikut zon di PPW terpilih (contoh: zon utara, timur, tengah, selatan, Sabah atau Sarawak). Penawaran program dan PPW adalah tertakluk kepada jumlah minima calon yang layak.

MOD / JENIS PENGAJIAN
Separuh Masa
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian bagi program pesisir adalah 5 hingga 11 semester bagi program sarjana (2 setengah hingga 5 setengah tahun).
Bantuan Kewangan
  • Pinjaman pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pengeluaran Pendidikan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 
  • Tawaran pinjaman khas daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kepada ahli-ahlinya. Sila layari laman web http://ygmb.com.my untuk keterangan lanjut

Senarai Program :

Bil.ProgramFakulti
1 Sarjana Kejuruteraan Awam (MFA) Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
2 Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MEE) Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3 Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (MDM) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
4 Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
5 Sarjana Pendidikan Teknikal
(Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) (MBT)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
6 Sarjana Pendidikan Teknikal
(Kejuruteraan Awam) (MBC)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
7 Sarjana Pendidikan Teknikal
(Kejuruteraan Elektrik) (MBE)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
8 Sarjana Pendidikan Teknikal
(Kejuruteraan Mekanikal) (MBM)
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional