• makluman
  • EXAM SEM 2 1718 website min
  • 05

    Program akademik pembelajaran berterusan

    Pengajian akademik secara program luar kampus (Program Akademik Pembelajaran Berterusan) adalah program pengajian akademik UTHM yang diikuti di Pusat Pembelajaran Wilayah (PPW) selain daripada program perdana. Program ini mengenakan kadar yuran khas yang berbeza dengan program perdana.

    Maklumat Lanjut

  • 05

    PROGRAM EKSEKUTIF dan profesional

    Merupakan Program yang dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dan ahli profesional dengan ilmu dan informasi terkini dalam bidang masing-masing disamping untuk mengekalkan ilmu pengetahuan yang sediada.

    Maklumat Lanjut

Program Akademik Pembelajaran Berterusan

on . Posted in Program CEC

PROGRAM PENGAJIAN SARJANA SECARA KERJA KURSUS (SEPARUH MASA)
  PENGENALAN
pesisirbannerv2

Pengajian akademik secara program luar adalah program pengajian akademik UTHM yang diikuti di Pusat Pembelajaran Wilayah (PPW) selain daripada program perdana. Program ini mengenakan kadar yuran khas yang berbeza dengan program perdana. CEC hanya menguruskan program pengajian luar di peringkat Sarjana (Kerja Kursus) secara Separuh Masa. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan di PPW pada hujung minggu (Jumaat dan Sabtu / Sabtu dan Ahad). Peperiksaan akhir pula diadakan secara berpusat mengikut zon di PPW terpilih (contoh: zon utara, timur, tengah, selatan, Sabah atau Sarawak). Penawaran program dan PPW adalah tertakluk kepada jumlah minima calon yang layak.

MOD / JENIS PENGAJIAN
Separuh Masa
TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian bagi program ini adalah 5 hingga 11 semester bagi program sarjana (2 setengah hingga 5 setengah tahun).
Bantuan Kewangan
  • Pinjaman pengajian daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pengeluaran Pendidikan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Biasiswa / Hadiah Latihan / dan lain-lain

Senarai Program :

BilPROGRAMFAKULTI
1. Sarjana Kejuruteraan Awam (MFA) Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
2. Sarjana Kejuruteraan Elektrik (MEE) Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3. Sarjana Kejuruteraan Mekanikal (MDM) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
4. Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional (MBV) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
5. Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) (MBT) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
6. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Awam) (MBC) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
7. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Elektrik) (MBE) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
8. Sarjana Pendidikan Teknikal (Kejuruteraan Mekanikal) (MBM) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

  •  

    Hiyama Siti this my last assignment.. enjoy the video..

    Posted by Asif Azwan Amdan on Tuesday, 15 September 2015
  •  

    Hiyama sensei, halil sensei.. I'm a busy student want to complete my assignment.. Don't laugh because I'm still learning.. Kaiwa assignmentwillsubmitbytomorrow

    Posted by Asif Azwan Amdan on Thursday, 10 September 2015