Kadar pengguna:  / 0
PoorBest 

cec

KERJASAMA PINTAR UTHM, JPP DAN JPKK JAYAKAN CIE-TVET 2012

25-26 September 2012, Nilai- Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (CEC) menambah satu lagi kejayaan dengan terlaksananya Seminar Persidangan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan & Latihan Teknikal Dan Vokasional atau akronimnya CIE-TVET 2012 di Politeknik Nilai baru-baru ini.  Seminar yang merupakan penganjuran bersama UTHM dengan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah menyaksikan penglibatan seramai 272 orang pembentang dan peserta yang berkongsi ilmu dan penyelidikan mereka dalam memperkasakan lagi pendidikan teknikal dan vokasional di Negara kita. Perlaksanaan program pula dijayakan melalui Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) UTHM, Politenik Nilai dan Kolej Komuniti yang berganding bahu secara bersama. Seminar di Nilai ini merupakan kali kedua dijalankan hasil kesinambungan kejayaan program yang sama dianjurkan pada tahun 2011 di Pulau Pinang.

 

Bertemakan Gerak Penyelidikan dan Inovasi Ke Arah Memperkasakan TVET, selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh, 'Innovative Leadership for 1United, Innovative Malaysia'. Penyelidikan yang dihasilkan dapat diterjemahkan melalui platform pembentangan dan perbincangan ilmiah demi melahirkan warga pendidik yang lebih kreatif, inovatif, cemerlang dan diharapkan mampu menjadi pemangkin ke arah transformasi politeknik menjelang 2015 bagi merealisasikan impian untuk menjadi politeknik universiti. Terdapat 15 skop yang diperbincangkan melalui pembentangan dan forum dalam CIETVT 2011 oleh pembentang dan peserta :


1.   Pembangunan kurikulum
2.   Kecemerlangan Instruksional
3.   Pentaksiran & Penilaian
4.   Pengurusan
5.   Dasar dan Polisi
6.   Pembangunan dan Latihan Staf
7.   Inovasi dan Teknologi dalam P&P
8.   Jaminan Kualiti
9.   Kebolehpasaran
10. Keusahawanan
11. Kolaborasi Industri
12. Pembelajaran Sepanjang Hayat
13. Kajian Tindakan
14. Tanggungjawab Sosial (CSR)
15. Penghasilan Produk

Seminar ini dirancang untuk memberi peluang kepada staf akademik dari UTHM, Politeknik, Kolej Komuniti, AKEPT khasnya dan lain-lain IPTA amnya untuk menghasilkan penulisan penyelidikan dan ilmiah yang dapat dibentangkan dalam persidangan seumpama ini di peringkat kebangsaan. Ini akan merangsang kreativiti staf akademik menggunakan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan sedia ada yang mampu memaparkan kreativiti dan inovasi individu dan diterjemahkan didalam bentuk penyelidikan dan pembangunan eksperimental meliputi kerja-kerja kreatif yang dilakukan secara sistematik bertujuan menambah ilmu manusia, menghasilkan produk yang boleh dikomersilkan khususnya inovasi dalam pendidikan teknologi dan pengurusan. Selain daripada pembentangan kertas penyelidikan, program ini diisi dengan forum intelektual di mana peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan tajuk tertentu. Pada akhir forum, peserta akan mencadangkan resolusi bagi memperkasakan lagi bidang TVET di Malaysia terutamanya.

Persidangan ini pada tahun 2012 telah dirasmikan oleh Mejar (K) Hj. Mohd Nor Bin Yusof selaku Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.  Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menekankan mengenai kepentingan pendidikan teknik dan vokasional diperkasakan di mana perkara ini telah menjadi fokus utama kerajaan dalam perancangan dasar pengajian tinggi Negara pada masa hadapan. Beliau juga meminta agar peserta persidangan meningkatkan lagi tahap keilmuan mereka dengan sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan ilmu terutamanya melalui pembentangan kertas persidangan di pelbagai persidangan dalam dan luar Negara agar dapat memperkembangkan lagi potensi diri mereka.

Ucaptama seminar pada tahun 2012 ini pula telah disampaikan oleh 2 orang keynotes speaker yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang TVET iaitu Encik Amir Bin Md. Noor, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi dan Prof. Madya Dr. Mohd Majid Konting, Timbalan Pengarah (Pengajaran & Pembelajaran), Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi. 

Sehungan itu berdasarkan kepada pencapaian berterusan yang ada bagi penganjuran CIE-TVET 2012 ini, kerjasama pintar ini akan diteruskan lagi pada tahun 2013 dengan Pantai Timur akan menjadi platform program bagi tahun 2013.  

Disediakan oleh

Muhammad Radzi Bin Kamarudin
Penolong Pendaftar
Pusat Pendidikan Berterusan