Kadar pengguna:  / 2
PoorBest 

faq

KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONAL

S: Mengapa kebanyakan Kursus tidak mempunyai tarikh kursus dijalankan ?

J: Kursus Pendek dibahagikan kepada berjadual dan tidak berjadual. Bagi kursus tidak berjadual, tidak mempunyai tarikh, peserta tetap boleh juga mendaftarkan nama secara online, CEC akan merekodkan nama dan menghubungi semula peserta jika kursus sudah mempunyai peserta yang mencukupi dan menetapkan tarikh. Kursus tertentu juga disediakan berjadual dengan tarikh yang telah ditentukan sepanjang tahun dengan merujuk jadual kursus tahunan.

pesisir

S: Boleh tak saya tangguh pengajian kerana cuti bersalin atau lain-lain alasan?

J: Boleh. Mohon secara bertulis kepada Pengarah CEC untuk pertimbangan dan kelulusan. Semester berkenaan di ambil kira dalam kiraan semester guna.

S: Kadang-kadang kami tidak dapat hadir kuliah kerana tugas rasmi atau lain-lain sebab. Bolehkah kami semua tangguhkan kelas kepada hari lain?

J: Boleh. Maklumkan kepada Pengarah CEC terlebih awal untuk menetapkan tarikh dan masa lain yang sesuai.

—

S: Ada masanya kami menghadapi masalah kewangan. Boleh tak saya bayar yuran pengajian secara ansuran?

J: Boleh. Mohon secara bertulis kepada Pengarah CEC untuk pertimbangan dan kelulusan.

—

S: Jika saya pindah ke tempat lain bagaimana saya boleh mengikuti kuliah?

J: Sambung pengajian di UTHM atau PPW UTHM berdekatan tertakluk kepada subjek yang dipelajari di tawarkan pada semester berkenaan.

S: Program mana yang sesuai bagi mereka yang mengajar Kemahiran Hidup, Sejarah, Agama, PJ, Matematik, dan seumpamanya?

J: Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi).