Artikel

Kadar pengguna:  / 20
PoorBest 
PROGRAM
PENGENALAN

Program Eksekutif menghimpunkan kaedah yang sistematik untuk pengekalan, peningkatan dan pengembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran individu yang amat diperlukan bagi seseorang ahli profesional dalam menjalankan rutin harian mereka. Tujuan utama Program Profesional kepada ahli profesional adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli profesional dengan ilmu dan informasi terkini dalam bidang tertentu bagi menambah ilmu pengetahuan yang sediada. Menjurus kepada era pasaran bebas dan globalisasi dunia, mendorong badan-badan profesional dalam pentingnya menguasai kepakaran oleh seseorang profesional dalam sesuatu bidang. Ilmu pengetahuan yang ditimba diperingkat institusi pengajian tinggi dan pengalaman mendalam harus berterusan ke satu program penjanaan ilmu yang lebih padu bagi seseorang ahli profesional dalam mengharungi cabaran globalisasi. Maka, dengan cabaran globalisasi ini, badan-badan profesional perlu mengikuti pengisian pembelajaran yang berterusan terhadap ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang di Pusat Pendidikan Berterusan.

Program Ditawarkan:

  • Diploma Eksekutif
  • Sijil Kemahiran Vokasional